Sunday, October 17, 2010

itu tiada jawabnya

Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya.

Biar aku marah yang menunjukkan kau salah, yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan.

Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana, kerana itu lagak ku begini.
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
dari hati dan jiwa,

Kerana kau ku angkat setinggi - tingginya, sempurna setiap adanya.

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau,
kerana hebatnya kasih kau,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri.
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.
Walau perkataan mula.

dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu.

Pulang cepat, please.
Aku rindu.

2 comments: