Sunday, October 24, 2010

Monolog Diri


Temenggu lagi ku sendiri...
Kosong dan sunyi...
Ungkapan itulah yang bermain setiap hari...
Ahhh...
Persetankan semua ini...
Kemelut jiwa aku ini tak pernah berhenti...
Aku sendiri buntu...
Buntu seperti mau mati...
Entahlah...
Aku masih lagi keliru...
Keliru dengan arah tuju hidup ini..



Kata Orang....

Kata orang kau pengemis jalanan
Kata orang kau sampah yang dibiarkan
Kata orang kau  manusia bertopengakan setan
Kata orang kau pemusnah jahanam
Kata orang kau dajal yang di laknat TUHAN
Biar apa kata orang
Kau tetap kata kau...

Saturday, October 23, 2010

Apa yang ada pada aku?

Apa yang ada pada aku?
Yang kau namapk?
Yang kau teliti?
Sayang sangatkah kau pada aku?
Rindu benarkah kau pada aku?
Tapi apa yang ada pada aku?

Separuh hidup kau adalah aku.
Separuh kenangan kau adalah aku.
Sakit kau adalah aku.
Sihat kau adalah aku.
Tapi apa yang ada pada aku?

Kau kata aku yang paling kau sayang.
Kau kata kau rindu aku setiap saat.
Kau kata kau  ada aku.
Kau kata kejayaan kau terletak pada aku.
Tapi apa yang ada pada aku?

Kau sakit sebab aku.
Kau sehat sebab aku.
kau makan sebab aku.
Kau jadi sekarang ini sebab aku.
Tapi apa yang ada pada aku lagi?

Tolonglah buang ego kau.
Tolonglah terus terang dengan aku.
Tolonglah jujur dengan aku.
Sebab apa yang ada pada aku tiada pada kau.
Dan aku tidak akan pernah buang kau dalam hidup aku.
Kau insan yang paling aku sayang.
Kau insan yang paling aku hormat.
Kau insan yang paling aku cinta,
Kau insan yang paling aku sanjung.

Kau tau tak yang aku sayang sangat pada kau..
Matilah aku kalau kau tiada dalam hidup aku.
Sebab kau dan aku sama-sama ego.
Ego untuk berterus terang.
Satu permintaan aku pada insan yang paling aku sayang.
Buanglah aku dari hidup kau.
Sebab aku bukan siapa-siapa bagi kau.
Apa yang ada pada aku.
Bukan untuk kau.

Dinner compass

 mie ngn pian takde keje

 kiki lawak ar.hehhee

 i luv u all

 my atiq syg..

gotchaa..huhuu..

Friday, October 22, 2010

[M][U][A][R]

Tak sangka dapat jugak pegi rumah farah lagi.hehehe...Engatkan dah akhir-akhir sem nie dah tak dapat lagi pegi rumah fara tapi kebetulan pulak cik ani(mak fara) jemput pegi rumah dia kat mua sebelum start final nie so hati riang berbunga-bunga..ngeee.=) happy!!!...tapi sayang time nyh myra tak pat nak ekot sebab dye ad hal so mie ngn farah jela yang terpaksa pegi..wawawa myra saya!!! .Weall bertolak 11.00am sebab nak balik awal..yela dah nak dekat-dekat final nyh curi jugak masa nak pegi muar kalo tak harapan lah nak dapat pegi lagi..Sampai je kat rumah farah happy sangat-sangat dapat jumpe family farah..Aku dah anggap family farah macam family aku sendiri dah..rindu dengan dowg..Lagi-lagi dengan aliyaa si cumil saya..Tak sngka lak hari tu langkah kanan, mak farah masak tok makan tengahari..wah..nyummy...macam tau-tau je kan perot tengah lapar..hehehe..Sumpah mati mak farah masak sedap sangat-sangat..lagi-lagi asam pedas dia..urm..tak yah cite lah bertambah-tambah..Hope pasnyh dapat lagi jumpe deyall..Thanks cik amal n cik ani sekeluarga..sayang kamoo lebyh...!!

DSLR ku...

 usha gambar dulu b4 balik..

 bucuk ar nak snap pic tak bgtau..

 lalalallaa....

 peace...

 beg merah saya dan handphone saya..

 my laling farah

 hohohohoho..i like picta.!!

 lipice saya..

 owh..my goshhh!!!

 saya, mie and farah..my lovely fren..

 sayang korg...

my little princess aliyaa!!

kusyuknyer makan ice cream

Monday, October 18, 2010

owh my lappy

Hari nyh aku rase banyak sangat masaalah yang datang..Engatkan hari nyh nak brtulkan lappy aku yang dah mengong nyh..Singgahlah bank dulu nak bank in kan wet tok my sis..After bank in tetiba kete mem aku lak wat hal..So my bucuk lappy ada dalam kete terkunci bersama-sama..Panas giler time tuh,dengan berpeluh-peluh tambah pulak tangan mem aku berdarah sebab nak buka pintu kete..Aku makin panik..Sebab darah yang sangat banyak..macam nak pitam dibuatnyer..so aku terpakse duduk kat tepi kete takot pitam lak..kesian dia.Nak tak nak terpakse lah pegi pusat bandar dulu nak pinjam kete sowg lagi mem aku..Nak betulkan lappy pun tak ley gak sebab lappy dalam kete,so terpakse pegi taman molek dulu nak terminate broadband..Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.Pastu patah pusat bandar balik tetiba perot terasa lapar.Pegilah pekena mee bakso kat medan selera tu..pergh..meleleh air hidung tambah pulak dengan ais jagung..urm..nyummy...=)..Hilang rase penat tadi...hehehe...Sementara tunggu kete nga baiki dan menunggu lappy, aku pegilah round-round satu pusat bandar..As usual takde pape yang berubah pun sama macam dulu..So dah alang-alang dah ada kat UO aku sempat gak beli makanan ringan tok bawak balik kat kolej esok..hehehe..i like shopping!!!hehehe..

penat sangat..rehat jap smabil makan ice cream..


aduh banyak betul dugaan arynyh..

mini shopping time!!!

mana stu ek nak beli..confius..

my coklat..nyummy..
balik time!!!

Sunday, October 17, 2010

itu tiada jawabnya

Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya.

Biar aku marah yang menunjukkan kau salah, yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan.

Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana, kerana itu lagak ku begini.
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
dari hati dan jiwa,

Kerana kau ku angkat setinggi - tingginya, sempurna setiap adanya.

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau,
kerana hebatnya kasih kau,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri.
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.
Walau perkataan mula.

dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu.

Pulang cepat, please.
Aku rindu.

C.U.P.C.A.K.E.S (handmade by Jamilah binti Sabri)

nilah hasil cupcakes daripada kakak ku yang tersayang..hehehe..











Woi diam sajalah ya?


Woi, diamlah kau diri,

soal cinta jangan ditanya lagi,

buat pedih kita sendiri!

Woi, diamlah kau mata,
jangan lagi kau tengok dia,

dia bukan lagi milik kita!

Woi, diamlah kau telinga,
jangan dengar namanya juga,

kita juga yang akan merana!

Woi, diamlah kau mulut,

jangan lagi disebut - sebut,
memang dia seorang pembelot!


Woi, diamlah kau hidung,

baunya saja buat kita termenung,

kita juga akan meraung!


Woi, diamlah kau tangan,

jangan terbayang jarinya yang ringan,

itukan cuma kenangan!


Woi, diamlah kau kaki,

jangan melangkah ke sana lagi,
kita tak mahu diseksa lagi!


Woi, diamlah kau hati,

tenang sajalah seorang diri,
sedang kau dizalimi!


Woi, diamlah diamlah diamlah..

jangan meronta,
jangan meraung,

jangan termenung,
jangan melalak,
jangan teriak.

Woi, diamlah!

aku mahu tidur,

aku mahu makan,

aku mahu kerja,

aku mahu berjalan,


Woi. diamlah!

aku mahu mandi,

aku mahu telanjang,

aku mahu kencing,
aku mahu berak.


Woi. diamlah!
aku mahu berkarya,

aku mahu membaca,

aku mahu menonton,

aku mahu berfikir.


Woi, diamlah diamlah diamlah!

Diamlah kaki,

Diamlah tangan,

Diamlah mata,

Diamlah hidung

Diamlah telinga,
Diamlah mulut.

Diamlah hati,
Diamlah diri.


Woi, diamlah kau jiwa,

jangan pernah putus asa,
ini semua takda apa - apa,

aku tahu ini kali kedua,

tapi buat kita lebih dewasa,
pedulikan dia yang tergila - gila,

dia pun tak tahu dirinya siapa,

untuk apa kita tunggu dia,

dia bukan lagi kita punya!


Woi,
Woi,Woi diamlah..
tenang sajalah ya?
yang lain pasti ada.

mcm biasa(Penguat semangat ku zahiril a.k.a zana)

A.B.A.H



Abah,wajah mu selalu tersenyum meskipun telah mulai menua
abah,Tubuh mu yang dulu kekar & tegap kini telah mulai kurus dimakan usia.tapi abah ! semangat mu tidak pernah layu.abah..oh abah,aku anak mu ini bangga akan semangat abah dalam menghadapi kerasnya hidup.abah selalu tegar.

abah..aku rindu dgn semua kenangan kita sewaktu kecil.
abah selalu mengajak ku bermain,
abah selalu menasihati ku.
abah selalu bergurau dengan ku.
semua kebahagian telah abah berikan pada ku.
dan sebaliknya kebahagiaan apa yang telah aku persembahkan untuk abah.
hanya cinta, sayang n doa yang bisa aku persembahkan pada mu abah.
Dalam hati kecil ku selalu berkata n berharap..
semoga aku bisa membahagiakan abah n berbakti pada abah..
abah, Doa kan anak mu ini semoga bisa selalu memberikan kebahagian pada abah..baik di dunia dan akhirat..
Aminn..

Ya Allah Ya Robbi..
Dengarkan lah doa ku ini..
ku persembahkan untuk abah ku yang tersayang, yang sekarang telah mulai sakit-sakitan.mungkin karena usia..
Ya Robbi..berikanlah kesembuhan n kesehatan pada abah..
agar abah bisa kembali seperti dulu.
abah yang selalu ceria..
Aminn..Aminn..Ya Robbal Alamin..

Doa anakmu selalu bersamamu abah..
Sembah sujud dari anak mu.

Mini shopping

Tinggal beberapa hari je lagi nak tiba hari raya, hari-hari terakhir bulan puasa aku sempat gak balik sekejap JB tok berbuak puasa dengan kawan  baik aku ain, ayu dan fifi..Walaupun time tu banyak giler keje dengan assignment, aku terpakse curi-curi gak mase nak hangout ngn dowg sebab ain dah bising-bising suro aku balik JB.Finally aku balik jugak,.So petang tu kitowng gerak lambat sebab ayu balik ada banyak keje kat office biaselah orang bekerja kan lagipun dye yang driver so nak tak nak terpakse gak gerak lambat.kesian ayu time tu rushing sangat-sangat.Then kitowg time tu round satu pasir gudang nak cari tempat makan, punyelah mencari tapi semuanyer full!! dah nak akhir-akhir puasa ni biaselah dowg kuar makan ngn familykan and biasenyer surirumah malas nak masak.So kitowg terpakse tahan lapar walaupun time tu dah masuk waktu..sedih-sedih..=(..last2 terpakselah pegi kat kedai mamak kat masai uh..tu pun ramai jugak.Tp disebabkan terlalu lapar kitowg on jela..mamak pun mamak lah..tengah-tengah makan boleh pulak ada mamak nyh mengatal ngn kitowg..Dala perot lapar time uh ada hati nak kenyit-kenyit mata..Gatal punye mamak!! After makan tetiba ayu ajak pegi jusco sebab nak temankan fifi cari kasut raya, so nak tak nak terpakse ekot gak sebab ayu yang drive kan..Sampai jusco aku ngn ain lak yang beriya-iya nak shopping mengalahkan fifi..hehhe..Ape lagi kitowg balun semua kasut kat padini uh..Biaselah lumrah hidup seorang perempuan,bila dah nampak barang.heheehe...Anyway walaupun masa tu sekejap sngat dan keesokkan nyer aku terpakse balik segamat tapi masa dengan korang time tu sangat berharga and aku tak kan pernah lupakan..mishzz u damn much!!!

  ayu, ain dan sy..

  kami..

 time nak betulakan tudung pun sempat ain snap an.bucuk ar ain!!

  Depan kaunter pun boleh!!hehehe..

Eid Raya 2010

Happening giler raya dengan kawan-kawan lama..Especially my besh frend ayu,ain.intan and atiq..Rindu sangat-sangat dengan korang.Walaupun kite dah makin jauh sebab masing-masing sebok dengan study tapi hubungan kita tetap tak pernah putuskan..aku harap sampai bila-bila..amin..
                                                     ayu, sy,ain and intan
    sempat snap dengan nenek intan.nenek paling cun larh.=)

      time dah nak balik

      luv u all muahz!!

  lalalalalaa...

Dia & Aku

Sayang betul dia kat aku
Aku buat salah dia marah aku
Esok pagi dia akan kembali senyum
Kesalahan aku tak layak untuk aku terima senyuman dia itu.

Adakah manusia semurni ini?

Dia sentisa mengekori kemana aku pergi.
Dia sentiasa memerhati tingkahlaku aku.
Dia sentisa berada di sisi aku.
Dia sentiasa menegur kesilapan aku.
Susah dan senang aku dia sentiasa bersama.

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.

Dia dah tak tahu nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.

Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!"


(pernah) sayang kamu


10.00pm 15/10/10

hAngOut JaYbEe

 L.O.M.O

snap candid lah yunk..

tengah pening nak pilih lomo yang mne satu nyh..

tengah bayar lomo.hehhe..

tengah kusyuk mkn tokayaki..nyumy-nyumy

lomo ku..

muka penat..huhuhu

sy suka bergambar!!

 adush!!!!

makan popia by handmade ibu mie..hehehe..

penat sangat time nyh..

jadi model jap ngn myra..

wages ku...
 
with myra and my little princess

tokayaki time!!!

 tak de keje yer..hehhe..

sempat btlkan shawl huhuhu..

 snap candid...

 my cute princess

  huhuhuhuhuu...

 wah2...propaganda semata2..hihihi..

 i like!!!

chaakkk...!!!

 my lovely fren..

   myra tayunk 

 
o.r.a.n.g.e