Friday, February 18, 2011

Dialog bersama lelaki comot

Seorang lelaki
berwajah sangat kusam
dia mampir kepadaku
disuatu waktu disuatu malam

lelaki itu sangat kusut
lelaki itu sangat berserabut
lelaki yang sangt kusut da misai itu
datang kearahku mau menceritakan sesuatu
dia datang dengan lenggang lenggok yang
sangat kekok dan canggung

berkata
"aku sedang murung"

lalu aku tnyakan
"kenapa hey orang lelaki yang benar busuk 
dan canggung, kenapa kau bermenung?"

dia katakan
"aku ini sedang menangis
inging menceritakan tentang kekasih yang mengguris"

aku tnyakan tentang gadis itu
"hey lelaki tua yang buruk dan canggung, apa cerita kamu?"

dia katakan
"bidadari itu mukanya batu-
terindah itu dia, ketika aku petik dia dari langit jingga terindah itu dia
saat dimainkan nafasnya diminda"

"hey lelaki apa yang terjadi pada itu bidadari?"
dan dia katakan 
"si gadis itu sebenarnya bukan sesiapa
cuma batu ditepi jalan yang bersepah merata."

aku tanya,
"hey lelaki, apa ceritanya?"
khabarnya pada aku
katanya itu bidadari?
katanya itu bagai tuhanmu?

lalu lelaki itu katakan,
itu semua dulu
itu semua dulu-dulu
terindah itu dia
dikala dia bukan siapa-siapa
sebelum aku kenal jiwanya siapa"

"hey lelaki comot yang canggung
dengarkan aku bersuara-
kalau ada cinta yang tiba dilangit sana
itu namanya cinta gila tidak mungkin ada
itu semua idea tidak pernah ada
mana ada cinta bidadari?
mana ada cinta yang tidak bertepi?
kita semua manusia
itu semua gila belaka
gila dan tidak ada makna
apa kau kejar?
apa yang kau carikan?
itu semua sesuatu yang tidak ada"
hey orang gila dengar sini
aku juga gila
cinta aku tidak pernah ada
bidadari aku tidak pernah ada

terindah
ku pernah punya
tapi
mana ada.
Suatu hari nanti

Tanah mahu syangkan aku
Burung-burung dilangit itu mahukan aku
Pokok dedaunan hijau mahukan aku
Langgit jingga mahukan aku
Tetapi mengapa tidak kamu?
Aku megharapkan sayang
Aku mengharapkan cinta
Tiang disitu mahukan aku
Lelaki itu mahukan aku
Baju itu memanggil namaku
Rasa didalam hati mahukan aku
Tetapi mengapa tidak kamu?

Suatu hari nnati kau akan tahu
Suatu hari nanti kau akan merasakan
apa yang aku ada didalam diri ini
Suatu hari nanti kau akan tahu
Perempuan itu tidak akan menjagamu
Mereka itu tidak tahu berpuisi seperti aku ini
di sini menyayikan lagu

Cinta buatmu sayang
Mereka semua melutut kepada kamu
Mereka semua menjulang kamu
Tapi itu sayang,
waktu kini bukan nanti
Tapi itu sayang, semua itu bukan nanti
Aku disini menanti-nanti kamu
Mengharap-harap kamu
Menunggu-nunggu kamu
Tapi mengapa kamu tidak mahukan aku?
Tapi mengapa kau tidak nampak aku?

Tidak!!!
Ayah pernah berkata "Hey anak, jangan kau pandang lelaki begitu!"
Ibu pernah berkta "Hey anak, jangan kau cari lelaki yang begitu!"
"yang tidak mahukan kamu"
Tapi aku ini degil bonda
Aku ini degil ayahnda
Oh mereka-mereka yang semua todak merasa 
rasa cinta di dalam hati ini

Suatu hari nanti kau akan tahu
Suatu hari nanti kau akan rasa apa yang ku tahu
Suatu hari nanti kau akan tahu mereka tidak butuh kamu
seperti aku

Burung-burung itu mahukan aku
Langit biru itu memanggil-manggil namaku
Tetapi tidak kamu
Suatu hari kau akan tahu
Betapa kau
Bodoh sekali!
Menolak cinta aku yang tidak pernah bertepi
Menolak cinta aku yang tidak dimamah api

Aku ini cinta kamu
Aku ini mahu kamu
Aku ini butuh kamu
Tapi mengapa tidak kamu?
Rasa ini bukan permainan
Rasa ini bukan anganan

Bagilah dan sedarlah aku ini
Aku menjadi isteri yang budiman
Yang budiman..
Memasak sarapan
Mengemas permainan anak-anak kita
Suatu hari nanti aku ini sang isteri
Akan menjaga cinta paling tulus
Cinta paling tulus suci untuk butuh kamu
.........................................................

kamu.....

butuh kamu
matahariku 

semoga satu hari nanti kau akan tahu ini:
Hanya aku cinta tulus kamu